Isu Tarif! Amerika Syarikat Tertekan Dan Ingin Berbaik-Baik Dengan Kesatuan Eropah!

377

Kedua-dua belah parti politik yang terdiri daripada 13 senator A.S telah mengusulkan memorandum penghapusan 25% tarif yang dikenakan pada Oktober 2019 ke Pejabat Perwakilan Perdagangan A.S. (USTR).

Tarif yang dikenakan merangkumi tarif untuk makanan, wain dan minuman keras. Dalam masa yang sama sebagai balasan penghapusan tarif, EU hendaklah memberikan subsidi ke atas pesawat Boeing. 7 senator parti Republik dan 6 senator parti Demokrat termasuk Robert Menendez, John Barrasso, Cory Gardner, Susan Collins, Dianne Feinstein, Pat Toomey, Kyrsten Sinema dan Cory Booker telah mengusulkan kenyataan bertulis kepada USTR pada hari Jumaat bahawa pengusulan tersebut adalah disebabkan pengedar di Amerika mengalami kesulitan berikutan kenaikan harga barang.

Permintaan barang-barang yang dikenakan tarif telah menurun menyebabkan kejatuhan dalam nilai import dan kerosakan stok simpanan.

Pada tahun lalu, A.S telah memenangi kes dan dibenarkan oleh Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) untuk mengenakan tarif sehingga $7.5 bilion ke atas barangan EU. Hasilnya ia telah menjejaskan pendapatan buat pengusaha yang mengedar barangan tersebut dan sebagai tindak balas EU telah mengenakan tarif 25% ke atas semua import wiski A.S pada bulan Jun 2018 sehingga hasil eksport wain jatuh merundum.

Disisi lain, ketegangan hubungan A.S dengan China terus berlarutan sehingga hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat