Isu Tarif! UK Mahu Berbaik-Baik Dengan Amerika Syarikat?

259

Menteri perdagangan Britain Liz Truss pada hari ini menyatakan beliau akan segera mengatur pertemuan dengan calon wakil perdagangan Amerika Syarikat (A.S) Katherine Tai bagi membincangkan penghapusan tarif yang dikenakan ke atas barangan Britain sebagai hukuman.

Britain berkehendak bahawa Amerika Syarikat dapat menghapuskan tarif eksport ke atas produk arak, Scotch yang telah dikenakan semasa UK berada dalam keanggotaan Kesatuan Eropah (EU). Pengenaan tarif oleh A.S itu adalah sebahagian daripada hukuman yang didorong oleh pertikaian mengenai subsidi pesawat.

Lizz Truss telah memaklumkan kepada parlimen bahawa beliau akan terus menghubungi Tai selepas persidangan. Tahun lalu, Britain telah mengambil langkah proaktif dengan menurunkan tarif yang dikenakan ke atas barangan A,S sebagai usaha untuk mengurangkan konflik antara ke dua belah pihak. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberi dorongan kepada lebih banyak perbincangan dan kerjasama.

Disisi lain, Perdana Menteri UK Boris Johnson sedang berusaha memulihkan ekonomi UK dengan mengemukakan rancangan untuk melonggarkan sekatan yang akan dijalankan secara 4 peringkat sehingga fasa terakhir dijangkakan kesemua sektor ekonomi akan dibuka sepenuhnya.

Harga pada carta GBP/USD terus mengekalkan momentum kenaikan sehingga minggu ini selain terus memburu paras ketinggian terbaru. Kini ia didagangkan pada paras pertukaran 1.4150 setakat jam 9.00 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat