Isu ‘Warisan’ Halang Kerajaan Tunai Janji

472

Kerajaan mahu menunaikan janji untuk memberikan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak namun disebabkan isu ‘warisan’ daripada kerajaan terdahulu menghalang pelaksanaan janji-janji di bawah manifesto Pakatan Harapan, menurut Menteri Kewangan Lim Guang Eng.

Bebanan hutang yang besar daripada kerajaan terdahulu meletakkan negara dalam keadaan yang bermasalah. Dana bernilai RM150 bilion merupakan jumlah yang besar dan ini merupakan cabaran yang berat  kepada kerajaan untuk memenuhi janji tersebut.

Beliau juga yakin bahawa kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah untuk menunjukkan keutamaannya terhadap Sabah dan Sarawak tidak pernah berubah, misalnya dengan penamatan perjanjian penyerahan projek (PDP) untuk projek Lebuhraya Pan Borneo.

Lim Guang Eng turut menyatakan bahawa kerajaan tidak bercadang untung melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) apabila ditanya mengenai pertimbangan kerajaan terhadap pandangan beberapa pakar ekonomi terhadap pelaksanaan semula GST.

Sementara itu, hari ini Lim Guang Eng telah merasmikan pelancaran 1PAY e-wallet dan portal membeli belah dalam talian ONESHOP.com.my di 1 Utama dan ia merupakan pusat membeli belah pertama di Malaysia yang membangunkan platform digital e-wallet dan e-commerce.

Melalui 1PAY, pengguna hanya perlu mengimbas dan membayar dengan e-wallet mereka dan mengumpul mata kesetiaan ONECARD yang dikenali sebagai UPoints. Dengan pelancaran ini, ia adalah sejajar dengan pelan 10 tahun negara untuk mewujudkan budaya tanpa tunai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat