Isyarat Dovish Oleh BOE? GBP/USD Terjun Hingga 170 Pips!

269

Selepas mesyuarat bank pusat England semalam, mata wang Pound ketara alami penyusutan nilai sehingga ke penghujung dagangan sesi New York.

Keputusan mesyuarat menepati ramalan apabila Bank of England (BOE) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas ke paras 4.00%. Tapi kenapa nilai Pound menjunam?

Ini adalah disebabkan BOE telah memberi isyarat bahawa langkah pengetatan dasar monetari berkemungkinan bakal dihentikan pada pertengahan tahun ini.

Ini menambahkan lagi tekanan selain amaran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menjangkakan kemerosotan ekonomi UK pada 2023.

Justeru, Pound dijangka akan terus didagangkan lemah di samping kejutan pengukuhan US dolar di sesi New York semalam yang telah membenam kebanyakan mata wang utama termasuk Pound.

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan kejatuhan harian sekitar 170 pips semalam dan memberi isyarat bearish selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam.

Selepas mesyuarat FOMC, harga pada mulanya dilihat melonjak ke paras 1.24000 yang masih kekal menjadi zon rintangan buat harga.

Harga kemudiannya menjunam dari zon tersebut dan telah menembusi support pada 1.23000 sehingga mencecah sekitar 1.22300 di penutup dagangan sesi New York.

Penurunan diteruskan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat) namun pada tempo yang perlahan dan dilihat berlegar di atas zon tumpaun 1.22000.

Penurunan lanjut bakal dijangkakan menembusi 1.22000 sebelum menuju pula ke sekitar 1.21000.

Namun berkemungkinan perubahan arah harga boleh berlaku semula dengan tumpuan beralih pada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Jika kenaikan berlaku, harga yang membuat kenaikan dilihat akan menguji paras 1.23000 dan sekiranya berjaya tembusi, isyarat bullish harga akan dinilai.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya bakal diteruskan semula untuk kembali mencapai ke zon rintangan 1.24000 semalam.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat