Isyarat Perubahan Trend, Teliti Analisis Teknikal Carta EUR/JPY

115

Pergerakan harga bagi carta pasangan mata wang EUR/JPY antara yang mencuri tumpuan pada dagangan minggu ini dengan perubahan arah harga yang berlaku.

Yen didagangkan lebih lemah di pertengahan minggu ekoran sentimen pasaran mula dipulihkan dengan berita pengurangan semula sekatan import arang batu Australia oleh China.

Menjernihkan suasana pasaran menjadi petanda yang kurang baik buat dagangan safe-haven seperti Yen yang kebiasaannya mendapat permintaan ketika pasaran sedang berisiko.

Namun pelabur tetap berhati-hati ekoran mata wang Euro juga masih didagangkan tidak menentu dan akan terkesan oleh US dolar ketika laporan NFP Amerika Syarikat (AS) sebentar lagi akan diterbitkan.

Pada mulanya di awal minggu, harga memulakan penurunan dari paras 140.00 sehingga mencecah ke paras sekitar 137.500.

Paras tersebut kini menjadi paras support terbaru buat harga ketika penurunan pada Selasa lalu dan turut mencatatkan paras terendah 4 bulan.

Namun, corak pergerakan harga mula bertukar pada Rabu apabila lonjakan harga berlaku semula.

Kenaikan harga telah melepasi paras 140.00 dan telah mencapai paras ketinggian 141.300 pada Khamis semalam, yang merupakan zon tumpuan harga sebelum ini.

Kenaikan tersebut juga yang telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga di carta EUR/JPY turut memberi isyarat perubahan trend bullish semula.

Masih bergerak di atas paras MA50 tersebut, harga dijangka akan menyambung kenaikan lanjut menuju zon rintangan pada 143.00.

Kenaikan lebih tinggi jika masih diteruskan seterusnya akan menuju pula ke paras 145.00 dan juga tumpuan akan diberikan pada zon 146.500.

Namun waspada jika harga kembali paparkan corak penurunan semula dan susut di bawah zon 140.00 serta melepasi paras MA50.

Mencetuskan semula petunjuk untuk pergerakan menurun harga akan menjangkakan zon support 137.500 bakal diuji semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat