Isyarat U-Turn? Bank Terbesar Jepun Nak Lancarkan Stablecoin!

637

Sekitar Julai 2021 penyelia Jepun telah mengkritik stablecoins dan bersetuju dengan pengerusi Federal Reserves, Jerome Powell untuk mengetatkan undang-undang terhadap penghasilan aset yang bersandarkan kepada mata wang fiat.

Tetapi hari ini sebaliknya berlaku apabila bank terbesar Jepun, Mitsubishi UFJ Trust and Banking mengumumkan penerbitan stablecoin bersandarkan pada yen.

Ini merupakan satu perkembangan positif dalam ekosistem kewangan di negara itu kerana sistemnya melibatkan pengaruh mata wang kripto.

Difahamkan projek ini menyerupai stablecoin terbitan JPMorgan, ‘JPM Coin’.

Tiga manfaat yang boleh dijadikan tumpuan projek ini termasuklah:

  • Menjimatkan masa
    • Penyelesaian kewangan boleh dilaksanakan dalam masa dua hari
  • Menjimatkan peruntukan kewangan
  • Dijangka akan digunakan dalam pasaran perdagangan aset sekuriti SBI Holdings dan Sumitomo Mitsui Financial Group bermula 2023.

Mungkin ramai yang tertanya mengapa negara ini dilihat membuat u-turn dalam penerimaan mata wang kripto. Hakikatnya projek stablecoin berupaya untuk menangani pengaruh mata wang kripto persendirian seperti Ethereum (ETH), Bitcoin (BTC), dan XRP.

Pada masa yang sama, negara matahari terbit ini sedang mencari peluang untuk melancarkan mata wang digital bank pusat (CBDC). Namun sehingga ke penerbitan artikel ini, masih belum ada perkembangan yang mengujakan berkaitan yen digital.

Apa-apa pun, sudah dikenalpasti bahawa kedua-dua jenis aset digital ini akan berhadapan dengan perundangan yang ketat di bawah penyeliaan Financial Services Agency (FSA) Jepun.

Berdasarkan kenyataan daripada Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), perundangan terhadap stablecoin akan dibentangkan dalam tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat