Itu Dia! Amerika Dan Sekutu Siap-siap Hadkan Harga Minyak Rusia

260

Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya lain sedang berada di peringkat akhir dalam rancangan untuk mengenakan had harga minyak Rusia.

Meskipun begitu, setakat ini masih tiada sasaran harga yang diputuskan lagi, tetapi menurut sumber yang biasa dengan perkara itu, had harga akan ditetapkan sejajar dengan purata $63-64 setong.

Pentadbiran Presiden Joe Biden melihat langkah ini sebagai cara untuk mengurangkan pendapatan minyak bagi Rusia yang merupakan sumber utama pembiayaannya dalam perang di Ukraine.

Harga sebenar akan ditetapkan dalam beberapa minggu akan datang sebelum pelancaran 5 Disember yang dirancang bagi sekatan Eropah ke atas minyak Rusia dan had berkaitan penghantaran minyak melalui laut.

Sementara itu dalam laporan berasingan, Bank Dunia meramalkan eksport minyak Rusia berpotensi untuk turun sebanyak 2 juta tong sehari disebabkan oleh sekatan EU.

Ia juga menjangkakan harga tenaga turun 11% pada 2023 selepas lonjakan 60% pada 2022 yang didorong oleh kelembapan pertumbuhan global dan sekatan Covid-19 yang berterusan di China.

Menurut tinjauan pasaran komoditi terbarunya, Bank Dunia turut mengunjurkan purata harga minyak  mentah Brent $92 setong pada 2023, susut kepada $80 pada 2024.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat