Itu Dia! Emas Kembali Melonjak

1,180

Harga emas didagangkan lebih tinggi pada sesi Asia selepas mencatatkan peningkatan ke paras ketinggian dua minggu pada hari Jumaat lalu ekoran bacaan NFP AS yang bercampur-campur.

Pada sesi Asia, logam berharga itu diniagakan di sekitar harga $1,788 per auns, sedikit susut dari paras tertinggi yang dicapai pada $1,795 per auns pada Jumaat lalu.

Ekonomi Amerika Syarikat menambah sebanyak 850,000 pekerjaan pada bulan Jun, melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat 700,000. Kadar pengangguran pula tersasar dari jangkaan dengan meningkat pada 5.9% daripada unjuran penurunan 5.6%.

Bacaan ini pada mulanya disambut baik oleh pelabur dengan USD menunjukkan peningkatan. Namun, dengan pasaran saham AS juga memaparkan kenaikan, menyebabkan dolar greenback mengurangkan keuntungan.

Susulan penyusutan USD, emas memanfaatkan peluang untuk meningkat ke paras tertinggi dua minggu.

Emas pada awalnya telah pun meningkat susulan kebimbangan terhadap peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 di beberapa negara utama akan membantutkan pemulihan ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat