Itu Dia! EUR/USD Menjunam, Isyarat Trend ‘Bearish’ Harga Bermula

698

Matawang Eropah alami penyusutan ketara pada dagangan Selasa berikutan sekatan pergerakan untuk aktiviti ekonomi yang diadakan semula bagi membendung penularan pandemik Covid-19 pada gelombang terbaru.

Matawang Euro ketara menyusut berbanding dolar US khususnya pada sesi New York.

US dolar pula dilihat telah kembali mendapat rentak pengukuhannya semula pada minggu ini dengan sentimen pasaran yang semakin berisiko.

Antara isu seperti penjualan senjata api oleh Amerika Syarikat (AS) ke Taiwan yang bakal meningkatkan ketegangan AS-China, harapan terhadap persetujuan pakej rangsangan ekonomi AS yang semakin pudar serta perkembangan kurang memberangsangkan ujian vaksin, membuatkan pelabur berwaspada dan beralih ke arah aset safe-haven.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga telah pamerkan terjunan ketara harga sehingga lebih 80 pips penurunan harian dicatatkan mencecah ke paras 1.17300.

Pelabur telah menilai perubahan trend bearish pada carta EUR/USD selepas harga turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam dan juga turut melepasi zon SBR (support become resistance) 1.18000-1.17800.

Pergerakan harga di sesi Asia hari ini perlahan namun pelabur sedang menjangkakan penurunan lebih rendah harga berkemungkinan di sesi Eropah atau di sesi New York.

Penurunan lebih rendah di bawah paras 1.17200 akan menuju ke zon RBS (resistance become support) sekitar 1.16800.

Penurunan selanjutnya boleh mencecah semula ke zon support 1.16100 jika US dolar kekal mengukuh menekan harga lebih rendah.

Sebaliknya, jika persetujuan pakej rangsangan ekonomi AS dicapai, US dolar berkemungkinan akan kembali melemah semula dan kenaikan harga dijangkakan semula menuju zon SBR 1.18000.

Seterusnya, zon resistance 1.19000 di paras lebih tinggi dilihat akan menjadi destinasi tumpuan pada kenaikan yang diteruskan.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat