Itu Dia! Euro Melonjak Lagi Hari Ini

560

Euro kembali meningkat ke paras ketinggian 4 bulan berbanding US dolar, disokong oleh harapan yang tinggi terhadap pakej rangsangan pemulihan Kesatuan Eropah (EU) yang dilihat makin hampir untuk dicapai.

Pemimpin EU akhirnya berjaya membuat kemajuan pada hari ketiga perbincangan, namun mereka masih berbelah bahagi mengenai berapa banyak dan bagaimana ia akan diagihkan kepada negara-negara anggota yang terjejas.

Pengerusi sidang kemuncak EU, Charles Michel memberitahu bahawa pelan cadangan itu kini telah terbahagi kepada €390 bilion untuk geran dan sebanyak €360 untuk pinjaman.

Sebelum ini, Suruhanjaya Eropah telah mencadangkan untuk meminjam sebanyak €750 bilion dari pasaran awam dengan tujuan untuk mengagihkan wang €500 bilion melalui bentuk geran dan €250 bilion lagi dalam bentuk pinjaman.

Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui oleh Denmark, Sweden, Austria dan Belanda yang lebih memilih untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk pinjaman berbanding geran.

Sidang kemuncak itu sepatutnya berlangsung hanya untuk dua hari. Namun, dengan hakikat perbincangan itu masih terus berlangsung hingga hari keempat rundingan, ini menunjukkan para pemimpin tekad untuk melakukan apa sahaja demi mengekalkan penyatuan antara negara anggota.

Matawang euro didagangkan tinggi di paras ketinggian 4 bulan di sekitar harga $1.145 berbanding US dolar pada sesi Eropah.

Sementara indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama pula susut kepada 95.84.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat