Itu Dia! Pound Kembali Mendaki Di Sesi Eropah!

315

Pembukaan sesi pasaran Eropah menyaksikan dagangan matawang pound sterling didagangkan meningkat di tengah-tengah harapan bahawa UK dan Kesatuan Eropah (EU) akan mencapai kesepakatan menjelang tarikh akhir tempoh peralihan Brexit.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya, Ursula von der Leyen telah mencapai kata sepakat dalam satu panggilan telefon pada Sabtu untuk melanjutkan rundingan perjanjian perdagangan untuk merapatkan jurang antara kedua-dua pihak.

Pada minggu lepas, rundingan pusingan kesembilan antara UK dan EU sekali lagi menemui jalan buntu berikutan perbezaan antara dua pihak, walaupun terdapat kemajuan besar telah dilakukan dalam perbincangan itu.

Boris Johnson dalam kenyataan terbarunya memberitahu bahawa beliau tidak mahu tempoh peralihan Brexit berakhir tanpa perjanjian perdagangan baru. Namun, beliau juga yakin bahawa UK boleh hidup meskipun tanpa perjanjian tersebut.

Sementara itu, kerajaan UK melancarkan satu lagi program pekerjaan baru pada hari Isnin. Skim sokongan sasaran kemasukan pekerjaan (Jets) yang menelan belanja £ 238 juta itu akan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan ketika dilanda krisis Covid-19 untuk kembali bekerja.

Ini secara tidak langsung turut menyokong dagangan pound sterling untuk diniagakan menguat di sekitar paras harga 1.2948 berbanding US dolar.

Dalam pada itu, perkembangan mengenai tahap kesihatan Presiden AS Donald Trump yang disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu akan terus dipantau oleh para pelabur.

Walaupun, terdapat perkembangan positif mengenai Trump, namun pelabur masih ragu-ragu dengan hakikat bahawa presiden itu telah dirawat menggunakan ubatan yang biasanya digunakan dalam kes Covid-19 yang teruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat