Itu Dia! Raja Matawang Kembali Beraksi

852

Hasil perbendaharaan AS kembali meningkat selepas mencatatkan sedikit penyusutan pada awal minggu. Dengan kenaikan hampir 0.06% dalam hasil bon 10 tahun, sudah cukup memacu peningkatan US dolar.

Matawang yen Jepun yang sensitif dengan peningkatan dalam hasil bon AS, jatuh lebih rendah berbanding US dolar ke paras terendah tujuh bulan ketika pasaran bersiap sedia dengan ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell hari ini.

Powell akan bercakap mengenai ekonomi AS dalam satu acara dalam talian yang dihoskan oleh Wall Street, dan ia mungkin dapat menentukan arah aliran pasaran bon dan matawang global.

Selain itu, dolar greenback juga diperdagangkan berhampiran paras tertinggi tiga bulan berbanding matawang Swiss franc.

Sementara itu, data pekerjaan ADP menunjukkan bacaan dengan hanya menambah 117,000 pekerjaan di sektor swasta, jauh tersasar dari jangkaan untuk tambahan sebanyak 225,000.

Bacaan mengecewakan ini menimbulkan keraguan buat pelabur terhadap data pekerjaan NFP yang akan diterbitkan malam esok, di mana ia dijangka akan mencatat kenaikan lebih tinggi berbanding bacaan sebelumnya.

Dalam pada itu, matawang pound melonjak tinggi selepas Menteri Kewangan UK Rishi Sunak membentangkan bajet belanjawan 2021, yang merangkumi sokongan lebih lanjut untuk syarikat dan rakyat serta rancangan untuk meningkatkan cukai dalam waktu terdekat untuk menampung perbelanjaan kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat