Itu Dia! UK Umum Bantuan Untuk Rakyat Yang Bergelut Dengan Kos Tenaga

255

Britain mengumumkan cukai 25% ke atas keuntungan pengeluar minyak dan gas dan pakej bantuan bernilai £15 bilion untuk isi rumah yang bergelut dengan lonjakan bil tenaga.

Pakej rangsangan yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Rishi Sunak pada hari Khamis itu, akan memberi diskaun bil tenaga sebanyak £400 kepada setiap isi rumah di UK.

Langkah itu juga akan menawarkan isi rumah yang berpendapatan rendah bayaran sebanyak £650 untuk membantu kos sara hidup mereka, selain lebih banyak bantuan turut disasarkan kepada pesara dan orang kurang upaya.

Tindakan ini dibuat menyusuli pengumuman pengawal selia tenaga UK pada hari Selasa, bahawa had pada bil gas dan elektrik akan meningkat sebanyak 40% lagi pada bulan Oktober disebabkan oleh lonjakan harga tenaga global.

Kos daripada bantuan tersebut sebahagiannya akan diimbangi oleh cukai terhadap keuntungan firma minyak dan gas yang melonjak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Cukai akan dinaikkan sebanyak £5 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang dan dihentikan secara berperingkat apabila harga minyak dan gas kembali normal.

Pakej bantuan itu datang selepas pentadbiran Perdana Menteri Boris Johnson menghadapi tekanan politik yang meningkat daripada pembangkang dan orang ramai berikutan krisis kos sara hidup semakin meruncing.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat