Itu Dia! USD Kembali Melantun

472

US dolar kembali melantun susulan kenyataan hawkish daripada Presiden Federal Reserve (Fed) New York, John Williams yang pada masa yang sama turut menolak kebimbangan mengenai kemungkinan akan berlaku kemelesetan.

Beliau menekankan bahawa bank pusat mesti bertindak agresif untuk mengekang inflasi tertinggi sejak 1981 dengan menjadikan kadar antara 3% dan 3.5% menjelang akhir tahun.

Bagaimanapun, Williams menegaskan ekonomi terbesar dunia itu kekal berdaya tahan dan boleh menghadapi pengetatan sedemikian.

Kenyataan ini sedikit sebanyak membantu menyokong kebangkitan US dolar walaupun indeks keyakinan pengguna CB jatuh pada bulan Jun ke paras terendah dalam hampir sedekad di tengah-tengah peningkatan kebimbangan terhadap inflasi.

Sementara itu, mata wang euro mencatat penyusutan semula susulan kenyataan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde yang terus mengulangi untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan Julai.

Pound turut menyusut dengan pergerakan harga berlegar pada 1.2200 berbanding USD, dipengaruhi oleh ketidaktentuan yang membelenggu pasaran berhubung isu Brexit, iaitu perubahan Protokol Ireland Utara yang menjadi perbalahan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Tumpuan seterusnya disasarkan kepada ucapan tiga penggubal dasar utama daripada Fed, ECB dan Bank Pusat England (BOE) pada malam ini untuk menentukan hala tuju selanjutnya bagi ketiga-tiga mata wang itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat