Itu Dia! USD Kembali Menggila

1,042

Kebimbangan terhadap tekanan harga yang meningkat telah menekan dagangan kebanyakan matawang utama dan memberi peluang buat US dolar meningkat lebih tinggi pada sesi Eropah.

Dolar greenback meningkat menghampiri paras ketinggian satu tahun berbanding pesaing utamanya, dengan indeks dolar diniagakan mengukuh pada 94.30.

Kenaikan harga tenaga global terutamanya minyak mentah dunia, turut memacu peningkatan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun untuk kembali mengukuh di paras ketinggian tiga bulan.

Ini disusuli oleh penurunan dalam pasaran saham global yang turut menyaksikan niaga hadapan saham AS didagangkan merah menjelang pembukaan sesi New York.

Penerbitan data pekerjaan ADP sektor swasta AS pada malam ini, menjadi perhatian pelabur bagi mendapatkan petunjuk mengenai bacaan laporan NFP pada Jumaat nanti.

Sementara itu, dolar kiwi susut ketara berikutan pengukuhan USD, gagal memanfaatkan keputusan hawkish bank pusat New Zealand (RBNZ) yang menaikkan kadar faedah kepada 0.50% pada mesyuarat polisi yang berlangsung hari ini.

Euro juga tenggelam ke tahap terendah sejak Julai 2020, dengan didagangkan di sekitar harga 1.1552 berbanding USD.

Matawang pound pula turut tergelincir ke sekitar harga 1.35500 berbanding USD, sementara pelabur menantikan ucapan Perdana Menteri UK Boris Johnson mengenai visinya untuk negara itu. Tentera UK terus membantu membawa petrol ke stesen minyak ketika negara itu terus dihimpit masalah kekurangan bekalan dan harga yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat