Jack Dorsey Ambil Peluang Labur Dalam Mining Bitcoin Di Afrika!

94

Sekatan ke atas para pelombong (miner) mata wang kripto Bitcoin (BTC) di Afrika daripada melakukan sebarang renewable mining* telah mendapat perhatian oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Block Inc, Jack Dorsey apabila beliau menyumbang sejumlah dana kepada aktiviti mining di negara tersebut.

*Miner memproses daripada sumber yang boleh diperbaharui

Beliau bersama pelabur modal teroka, Stillmark turut melabur sebanyak $2 juta dengan mengetuai seed investment** dalam Gridless agar miner dapat memanfaatkan grid renewable energy berskala kecil di luar bandar Afrika.

**Wang yang dikumpul untuk mula membangunkan idea bagi perniagaan atau produk baharu

Bagi menyokong operasi mining supaya menjadi lebih kukuh dan decentralised, Block bertindak merekrut jurutera serta pengurus mining kripto berpengalaman untuk membina unit mining dan kembangkan lagi projek tersebut.

Rentetan itu, Gridless telah melantik lima juruterbang di sebuah syarikat tenaga hidroelektrik Afrika, HydroBox yang berpotensi mengembangkan projek itu sehingga luar bandar Afrika dalam tempoh terdakat ini.

Namun perlu diingatkan juga bahawa harga elektrik di negara itu yang sentiasa tinggi telah menyebabkan BTC susut 66% sepanjang tahun lalu ekoran keuntungan mining bergantung pada kos tenaga.

Secara konteks, mining BTC merupakan salah satu aktiviti yang menggunakan tenaga elektrik melalui komputer untuk menjamin keselamatan blockchain aset digital tersebut semasa berlakunya pengesahan data transaksi.

Sementara kajian turut melaporkan bahawa penggunaan tenaga tahunan untuk mining BTC adalah sama seperti negara Belgium dengan melebihi jumlah keseluruhan negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat