Jack Dorsey, Jejaka Terhangat Pasaran Direbutkan Elon Musk & Twitter

157

‘Siapa sangka Dorsey dan Musk rupanya best friend forever (BFF).’

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Twitter Inc, Jack Dorsey kini menjadi watak utama buruan jutawan terkaya dunia, Elon Musk dalam menyelesaikan isu pemerolehan kontroversi $44 bilion syarikat media sosial ‘burung biru’.

Menerusi salinan sapina* mahkamah, Dorsey yang meninggalkan Twitter pada Mei lalu dikehendaki mengemukakan dokumen dan komunikasi perjanjian dibuat bersama Musk pada April berkenaan akaun spam pada aplikasi tersebut.

*sebuah dokumen perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk memaksa sesuatu keterangan oleh saksi atau mengemukakan bukti di bawah penalti.

Setakat ini pihak Dorsey mahupun syarikat baru miliknya Block Inc, yang baru-baru ini dijenamakan semula sebagai Square Inc, tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai sapina tersebut.

Sebagai konteks, Dorsey dan Musk ‘sekepala’ dalam menegaskan keperluan Twitter untuk lebih telus dengan algoritmanya dan membenarkan pengguna mengawal kandungan yang dipaparkan pada akaun mereka.

Dahulu Dorsey pernah menulis ciapan mengatakan Twitter terlalu berpandukan modal pengiklanan, yang mana Musk mencadangkan  syarikat bergantung pada yuran langganan dan perkhidmatan seperti pemindahan wang antara pengguna.

Selain itu, Dorsey juga merupakan ‘protagonis’ dalam mengadakan perbincangan yang membawa Musk menyertai lembaga Twitter pada Mac sebelum jutawan itu mendedahkan pegangan kepentingan 9.1% dalam Twitter.

Kembali kepada topik asal, pihak Twitter terus menegakkan bahawa mereka telah memberi sepenuh kerjasama yang diperlukan dalam usaha pemerolehan $44 bilion oleh Musk.

Dan pihak Twitter menzahirkan keyakinan bahawa mereka akan memenangi pertikaian undang-undang tersebut dan memaksa Musk meneruskan pembelian syarikat.

Bercakap mengenai sapina tersebut pula, Twitter dilihat enggan mengulas lebih lanjut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat