Jack Ma Dipanggil Mahkamah India. Apa Dah Jadi?

791

Siapa sangka pertempuran China-India di sempadan memberi impak yang besar hingga menyebabkan pengasas Alibaba, Jack Ma diheret ke mahkamah kerana saman yang dikemukakan oleh salah seorang bekas pekerjanya.

Melalui saman itu, Pushpandra Singh Parmar, bekas pekerja UC Web Alibaba menuntut ganti rugi sebanyak $268,000 susulan dirinya telah dipecat tanpa sebarang sebab munasabah.

Parmar yang berkhidmat sebagai pengarah di pejabat UC Web di Guruguam sehingga Oktober 2017, menjelaskan dirinya dipecat selepas menolak kewujudan berita palsu di aplikasi pelayar web UC.

Menurutnya lagi, sebelum ini syarikat tersebut akan menapis kandungan yang tidak bermanfaat bagi paparan di China. Sebaliknya berlaku apabila UC Browser dan UC News memaparkan beberapa berita palsu hingga menyebabkan pergolakan sosial dan politik.

Kes ini timbul seminggu selepas India memutuskan untuk menyekat 59 aplikasi China termasuk UC Browser dan UC News setelah berlaku pertempuran pada Jun lalu.

Berdasarkan rekod, UC Browser telah dimuat turun sebanyak 689 juta kali di India dan UC News sebanyak 79.8 juta. Data tersebut merupakan rekod tertinggi bagi 2017 dan 2018.

Jack Ma dan sekitar 20 unit syarikat dipanggil untuk tampil di mahkamah daerah Gurugaram, berwakilkan seorang peguam pada 29 Julai ini. Hakim juga menuntut syarikat tersebut untuk memberi maklum balas bertulis dalam tempoh 30 hari.

Buat masa sekarang, jurucakap Alibaba tidak memberi sebarang komen bagi pihak Jack Ma dan syarikat itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat