Jack Ma ‘Disisihkan’ – Adakah Ini Sebab Beliau Menghilang Tempoh Hari?

684

Pengasas Alibaba Group, Jack Ma ‘disisihkan’ daripada senarai tokoh usahawan yang diterbitkan oleh sebuah media tempatan, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa beliau tidak lagi digemari oleh pihak tertinggi China.

Muka hadapan artikel yang diterbitkan oleh Shanghai Securities News itu sebaliknya menyenaraikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huawei Technologies, Ren Zhengfei; Pengasas Bersama Xiaomi Corp, Lei Jun dan pengasas BYD, Wang Chuanfu.

Ketiga-tiga pemimpin itu disanjung kerana sumbangan mereka terhadap ekonomi negara tersebut.

Artikel berkenaan juga disiarkan pada hari yang sama Alibaba mengumumkan laporan pendapatan suku tahunan terbaharunya hari ini.

Ma dikatakan menjadi ‘sasaran’ kerajaan selepas beliau mengecam sistem undang-undang China yang telah menyebabkan harga terbitan awam (IPO) syarikatnya iaitu Ant Group yang bernilai AS$37 bilion disekat, beberapa hari sebelum penyenaraian syarikat terbabit di pasaran saham Hong Kong.

Semenjak itu, pihak berkuasa tempatan telah melancarkan siasatan anti kepercayaan terhadap sektor teknologi dan tindakan undang-undang lebih ketat terhadap Ant Group turut dipertimbangkan.

Ma juga turut menghilangkan diri selama tiga bulan sebelum muncul di khalayak ramai menerusi satu rakaman video berdurasi 50 saat pada bulan lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat