Jack Ma Kembali Bangkit Selepas ‘Berehat’, Undang Kegusaran Beijing

1,242

Jack Ma, jutawan serta pengasas laman web e-dagang terkemuka China, Alibaba, sudah memulakan langkah tentatif pertamanya untuk kembali ke dalam pentas global dengan melakukan lawatan pendek ke Eropah selepas setahun dikenakan sekatan oleh Beijing.

Sekatan yang dikenakan oleh Beijing ke atas Ma bermula pada tahun 2017 ketika jutawan terkemuka dunia itu melakukan satu lawatan ke New York untuk bersua muka dengan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sehari sebelum perasmian dan perjanjian bagi mewujudkan sejuta peluang pekerjaan di Amerika.

Lawatan dan perbincangan tersebut telah menggoncangkan kerajaan China apabila mereka mendapati Ma melakukan sesi soal jawab secara tidak rasmi dengan beberapa wartawan di lobi bangunan Trump Tower.

Menurut beberapa sumber, Beijing tidak berpuas hati tentang perjumpaan Ma dengan Trump yang tidak mendapat sebarang kelulusan terlebih dahulu itu.

Yayasan amal Ma yang ditugaskan untuk mengendali pertanyaan media terus membisu mengenai perkara tersebut. Pejabat Penerangan Majlis Negeri dan Kementerian Luar Negeri turut menolak untuk memberi sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut.

Kisah kejatuhan Ma menggambarkan betapa cepatnya China berubah di bawah pemerintahan Presiden Xi Jinping. Xi telah mengenakan tindakan keras terhadap empayar Ma dalam ucapannya di Shanghai pada Oktober tahun lalu yang menuduh badan pemerhati kewangan tersebut menyekat inovasi.

Pengawal selia menggantung penyenaraian $37 bilion firma fintech Ma dua hari sebelum debut yang dirancang pada 5 November yang mengarahkan penstrukturan semula dan penyiasatan antitrust telah membawa kepada perniagaan Ma dikenakan denda $2.75 bilion pada April.

Menurut sumber dari Reuters, pada awal tahun ini Ma telah menulis terus kepada Xi yang menyatakan dimana beliau akan menumpukan sisa hidupnya untuk pendidikan luar bandar China namun tidak pasti sama ada Xi meluluskan atau membalas tawaran tersebut.

Sumber dari akhbar South China Morning Post milik Alibaba menyatakan Ma telah melalukan lawatan ke Eropah pada bulan lalu untuk “lawatan sambil belajar dalam sektor pertanian dan teknologi berkaitan alam sekitar”.

Dalam keratan akbar itu memperlihatkan Ma mengenakan gaun pelindung putih serta memegang pasu bunga dan menyatakan jutawan itu akan terus melawat beberapa syarikat dan institusi penyelidikan yang terlibat dalam infrastruktur pertanian dan pembiakan tumbuhan di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat