Jack Ma Kini Muncul Kembali!

3,797

Tanpa disangka Jack Ma membuat kemunculan pertamanya setelah dilaporkan menghilang dua bulan lebih menerusi satu video yang dimuatnaik pada hari ini.

Di dalam video itu, pengasas Alibaba tampil bersemuka dengan 100 guru dari luar bandar seluruh negara dalam majlis, Anugerah Guru Luar Bandar Jack Ma.

Ma turut melaungkan, “Kita akan berjumpa lagi apabila COVID-19 berakhir!”

Menurut laporan daripada Tianmu News, majlis tersebut merupakan acara tahunan yang mula dilancarkan oleh Yayasan Jack Ma pada 2015. Kebiasaannya ia diadakan di Sanya, Selatan China Daerah Hainan setiap tahun menjelang Chinese Laba Festival.

Bagaimanapun, ekoran daripada penularan wabak COVID-19, acara tersebut terpaksa dijalankan secara atas talian buat kali pertama.

Kemunculan Jack Ma akhirnya menyaksikan saham Alibaba di Hong Kong melonjak tinggi lebih 6% pada hari yang sama.

Sebelum ini, kehilangan Jack Ma telah mencetuskan kontroversi mengaitkan dengan isu pemantauan kerajaan China terhadap entiti perniagaannya, menyebabkan saham Alibaba merosot lebih 3%.

Bagaimanapun, CNBC melaporkan bahawa jutawan China itu tidak hilang sebaliknya hanya menghidarkan diri dari perhatian umum.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat