Jadi Sasaran SEC, Mungkinkah Ethereum (ETH) Bakal Terima Nasib Sama Seperti XRP?

2,487

Dalam persidangan terbaru bersama hakim majistret, Sarah Netburn, peguam kanan Securities and Exchange Commission (SEC), Dugan Bliss memberitahu bahawa pihak penguatkuasaan itu masih belum bertindak secara rasmi ke atas status perundangan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

“Tiada tindakan yang diambil bagi menjelaskan Bitcoin dan Ether bukan sekuriti,” ujar Bliss.

Bekas pengerusi SEC, Jay Clayton berkali-kali menekankan kedudukan Bitcoin sebagai bukan sekuriti, lagi-lagi Ethereum yang dilihat menerima impak lebih minima berkaitan peraturan kripto.

Begitu juga bekas pengarah kewangan SEC, Bill Hinman sebelum tamat jawatannya pada 2018 turut ada membuat kenyataan penjualan Ether tidak dikategori dalam sekuriti.

Bagaimanapun dakwaan itu ditolak Bliss, mendakwa ia tidak semestinya merujuk kepada pandangan penyelia terhadap Ethereum: “Seseorang yang berpangkat tinggi mendakwa sebagaimana dari sudut pandangannya tetapi setakat ini tiada sebarang tindakan diambil membuktikan SEC telah berkata sedemikian.”

Lebih mengukuhkan dakwaan itu, bakal pengerusi SEC, Gary Gensler menekankan bahawa Ether dan XRP tidak patuh sekuriti.

Gensler juga mendedahkan secara peribadinya dia menganggap Bitcoin sebagai komoditi: “Saya rasa sebenarnya di SEC ada seseorang menawarkan kontrak pelaburan dan sekuriti di bawah SEC dan pertukaran yang beroperasi di sana. Jika tidak, Bitcoin hanyalah dianggap sebagai komoditi.”

Tidak seperti Bitcoin, Ethereum melombong separuh daripada tokennya sebelum mengadakan penawaran syiling (ICO).

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat