Jaga-jaga! Angka Kematian Covid-19 Dah Cecah 2 Juta!

338

Jumlah kematian di seluruh dunia akibat coronavirus telah menghampiri 2 juta korban hari ini, dengan Eropah merekodkan 30 juta jangkitan manakala pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia berusaha mendapatkan nasihat untuk memerangi penyakit baru yang lebih menular.

Selain itu, jumlah kematian yang meningkat adalah sebanyak 1,994,833 angka korban. Tambahan daripada itu, Jerman, ekonomi terbesar di Eropah, telah merekodkan 2 juta kes jangkitan harian. Oleh yang demikian, kebanyakan negara telah menguatkuasakan sekatan bagi membendung penularan virus, dan melaksanakan program vaksinasi di peringkat awal.

Contohnya, Portugal telah melaksanakan perintah berkurung baru hari ini sementara Britain mula memerlukan ujian Covid-19 untuk masuk ke negara itu, dan sekatan baru terhadap populasi diumumkan dari Brazil ke Lebanon.

Di samping itu, Canselor Jerman Angela Merkel mendesak agar langkah-langkah pencegahan yang  signifikan dilaksanakan untuk melambatkan kadar jangkitan kerana negara paling ramai penduduk Kesatuan Eropah telah merekodkan lebih dari 22,000 kes jangkitan baru.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat