Jaga-jaga, ECB Dah Bagi ‘Hint’

940

Matawang euro didagangkan dengan peningkatan kecil ketika pembukaan sesi Asia pada hari ini, di tengah-tengah penutupan pasaran Amerika Syarikat sempena ‘Thanksgiving Day’.

Matawang itu sebelum ini menyusut susulan penerbitan laporan minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) dan kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19 menyebabkan Jerman melaksanakan sekatan lebih ketat yang pastinya akan menjejaskan pertumbuhan di ekonomi terbesar Eropah itu.

Ketua Ekonomi ECB, Philip Lane menyatakan kebimbangan beliau bahawa sekiranya bank pusat membiarkan inflasi berada di tahap yang rendah lebih lama, ia akan merugikan penggunaan dan pelaburan serta mengurangkan potensi untuk pertumbuhan.

Mesyuarat polisi ECB yang akan berlangsung pada 10 Disember, dijangkakan secara meluas akan meningkatkan dan melanjutkan program pembelian aset kecemasannya (PEPP) serta menawarkan pembiayaan jangka panjang yang lebih banyak kepada bank.

Sementara itu, dolar Amerika terus lemah menjelang dagangan penghujung minggu walaupun telah mencatatkan sedikit peningkatan pada sesi sebelum ini.

Dolar safe-haven itu kini berada di landasan untuk kerugian mingguan selepas ditekan oleh sentimen terhadap matawang berisiko yang meningkat yang disokong oleh perkembangan positif vaksin Covid-19 dan kurangnya ketidakpastian dalam politik AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat