Jaga-Jaga Emas Dah Pamer Kenaikan Semula

754

Dagangan logam kuning mula memaparkan kenaikan ketika memasuki sesi pasaran Eropah setelah didagangkan lebih rendah pada sesi sebelumnya.

Spot emas diniagakan meningkat di sekitar paras harga $1,932 per auns, manakala niaga hadapan emas menokok pada $1938 per auns (3.28 petang waktu Malaysia).

Kenaikan yang diraih logam berharga itu bagaimanapun agak terbatas memandangkan dagangan US dolar terus mempertahankan pengukuhannya berbanding pesaing utama lain.

Malah, dengan jangkaan dovish terhadap mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) dan krisis Brexit yang berpotensi untuk menyokong peningkatan US dolar, emas mungkin gagal naik lebih tinggi.

Pertikaian antara dua ekonomi gergasi dunia terus meningkat, setelah China bertindak balas atas ancaman Amerika Syarikat untuk menyenaraihitamkan syarikat pembuat cip utamanya, dengan mendakwa Washington telah melakukan tindakan hagemoni secara terang-terangan terhadap Beijing.

Sementara itu, Presiden AS Donald Trump sekali lagi menyatakan pendiriannya untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan China, dengan mendakwa hubungan yang terputus itu tidak akan membawa kerugian kepada Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat