Jaga-Jaga! GBP/USD Bakal Rekod Ketinggian Terbaru Sejak 2018

399

Pound Sterling kekal bergerak kukuh berbanding US dolar dengan kenaikan harga diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD mencapai paras jangkaan penganalisis pada 1.42000 semalam.

Sentimen pasaran kekal tidak berubah sejak awal minggu menyaksikan prestasi US dolar kekal suram memberi ruang mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat.

Sementara Pound pula disokong oleh perkembangan positif di UK dengan pelonggaran sekatan pergerakan yang dilaksanakan yang dilihat akan mendorong semula pemulihan ekonomi.

Selepas kenaikan harga di sesi Eropah semalam mencapai ke paras 1.42000, harga mula bergerak mendatar pada sesi New York sehingga bersambung pada sesi Asia pagi Rabu.

Zon tersebut merupakan rintangan selepas harga gagal melepasinya ketika diuji pada dagangan Februari lalu.

Dengan situasi semasa, kenaikan lebih tinggi dijangkakan pada carta GBP/USD menuju ke paras sasaran pada ketinggian 1.43000 untuk merekodkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.

Kenaikan harga tersebut dilihat akan dipacu oleh jangkaan penyusutan US dolar menjelang laporan minit mesyuarat FOMC yang terbaru.

Namun sekiranya harga membuat penurunan semula, paras sokongan terhampir harga dilihat pada 1.41000 yang telah berjaya dilepasi harga pada peningkatan yang dipamerkan di awal minggu.

Penurunan lebih rendah akan kembali menuju semula ke zon RBS (resistance become support) 1.40000 yang sebelum ini menjadi paras rintangan harga yang sukar ditembusi.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat