Jaga-Jaga Gelombang Baru, Kebarangkalian Terkena Jangkitan Kedua Covid-19 Tinggi

526

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) disahkan positif Covid-19 buat kali kedua dan dilaporkan jangkitan kedua itu lebih berbahaya daripada yang pertama.

Lapor BBC, lelaki berusia 25 tahun itu memerlukan rawatan di hospital selepas paru-parunya tidak mendapat oksigen yang mencukupi ke dalam badannya.

Lelaki terbabit tidak mempunyai masalah kesihatan atau imuniti yang boleh membuatkan dirinya mudah terdedah kepada Covid-19.

Lelaki yang berasal dari Nevada itu disahkan positif buat kali pertama pada 18 April. Namun pada 9 dan 26 Mei lalu, dia disahkan negatif.

Bagaimanapun, pada 28 Mei lalu, dia mengalami simptom semual seperti demam, pening, batuk, muntah-muntah dan cirit-birit. Pada 5 Jun lalu, lelaki itu disahkan positif buat kali kedua.

Namun kajian dalam jurnal Lancet Infectious Disease mencetuskan persoalan tentang sebanyak mana imuniti boleh melawan virus tersebut.

Sekumpulan saintis memaklumkan lelaki itu mempunyai dua virus Covid-19 yang berbeza berdasarkan kepada kod genetik virus yang diuji.

“Hasil dapatan kami menunjukkan jangkitan sebelum ini tidak semestinya melindungi badan daripada jangkitan yang seterusnya.

“Kemungkinan jangkitan semula boleh memberi implikasi yang signifikan terhadap pemahaman kita mengenai imuniti Covid-19,” kata Dr. Mark Pandori dari Universiti Nevada.

Tambah Pandori, walaupun pesakit Covid-19 telah pulih namun mereka perlu terus mengikuti garis panduan kesihatan yang ditetapkan seperti penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat