Jaga-jaga! Ini Detik Penting Buat Emas

1,077

Harga emas sedikit berubah menjelang penerbitan data inflasi pengguna Amerika Syarikat yang paling dinanti-nantikan oleh pelabur pada minggu ini.

Sesi dagangan Asia menyaksikan logam berharga itu didagangkan berlegar pada $1,672 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit meningkat pada $1,679 per auns.

Emas gagal memberi reaksi ketara susulan keluaran data inflasi pengeluar dan minit mesyuarat FOMC yang memperlihatkan Federal Reserve (Fed) kekal hawkish.

Pergerakan ini seiring dengan dagangan US dolar dan hasil bon yang bergerak mendatar susulan terbitan kedua-dua laporan tersebut.

Minit mesyuarat yang diterbitkan pada awal pagi tadi menunjukkan Federal Reserve (Fed) akan meneruskan langkah kenaikan kadar faedah dan mengekalkannya tinggi untuk beberapa waktu sehingga inflasi benar-benar turun.

Dalam pada itu, indeks harga pengeluar (PPI) dicatatkan lebih tinggi pada September dengan peningkatan 0.4% daripada penurunan 0.2% yang disemak semula pada bulan sebelumnya.

Walaupun meningkat, tetapi secara asas tahunan inflasi pengeluar sedikit menurun daripada bacaan sebelumnya pada 8.5% berbanding 8.7% pada Ogos.

Pelabur kini menantikan terbitan data inflasi pengguna AS pada sesi New York yang dijangka akan mendorong pergerakan lebih ketara buat emas meskipun dalam jangka pendek.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat