Jaga-Jaga! Tiga Platform NFT: OpenDAO, LooksRare, WTF Mencurigakan?

913

Pasaran non-fungible token (NFT) benar-benar hangat pada pertengahan Januari 2022, menyaksikan lambakan jenama besar menfokuskan kepada produk berasaskan teknologi blockchain ini.

Bagaimanapun jangan teruja sangat kerana ada tiga projek NFT: OpenDAO (SOS), LooksRare (LOOKS), dan Fees.wtf (WTF) dilihat menjaminkan tetapi ada kecurigaan terhadap salah satunya.

OpenDAO (SOS)

  • OpenDAO lancarkan token SOS sebagai tanda penghargaan, perlindungan, dan promosikan seluruh ekosistem NFT termasuk platform pasaran, pencipta, dan pengumpul koleksi.
  • Sejak pelancaran SOS, sebanyak 13.7 trilion SOS ($45.6 juta, bersamaan RM190.9 juta) telah dikunci untuk staking dan 50% daripadanya telah diserahkan kepada komuniti.
  • Setakat 12 Januari, pengguna berpeluang untuk dapatkan pulangan tahunan (APY) sebanyak 145% berdasarkan pemilikan SOS.
  • Tetapi SOS tiba-tiba mengumumkan tarikh tamat tuntutan pada 13 Januari berdasarkan twit rasmi yang dimuatnaik pada minggu lepas sedangkan tarikh asalnya pada 30 Jun 2022.
  • SOS mencatatkan penyusutan 79% dari paras harga $0.00001180 pada 25 Disember dan didagangkan pada $0.000002593 ketika penulisan artikel walaupun menawarkan peluang perdagangan NFT unik.

LooksRare (LOOKS)

  • LooksRare telah dilancarkan pada awal Januari 2022, menjadi pesaing terdekat OpenSea.
  • Cuma ia memiliki kekurangan insentif dan inisiatif Web 3.0, tetapi masih berjaya mendapat gelaran “Death of OpenSea”.
  • Melalui airdrop berbayar (merangkumi bayaran transaksi, pengiklanan NFT) LooksRare dakwa airdrop dan staking boleh dilakukan secara pilihan.
  • Pun begitu, lebih 119,000 wallets berjaya menebus LOOKS, dan menurut data OpenSea telah memproses lebih 50 kali transaksi LooksRare.
  • Pada masa yang sama, ada sentimen negatif berlegar terkait dengan aktiviti pelabur mungkin ada unsur wash tradingdengan koleksi NFT Meebits.

Fees.wtf (WTF)

  • Projek ini bermula sebagai perkhidmatan bayaran di Ethereum yang membuat pengiraan jumlah gas yang dibelanjakan pengguna.
  • Ia dilihat bangkit setanding OpenSea kerana permintaan pengguna Web 3.0 yang sedang meningkat.
  • Kemusykilan bermula apabila:
    • Salah seorang pengguna terpaksa belanja sebanyak 0.05 ETH untuk layak menerima airdrop.
    • Sebaik sahaja pelancaran airdrop, pengguna tersebut menyedari saiz liquidity poolsangat kecil menyebabkan dia kehilangan 58 ETH ($165,792, bersamaan RM694,048) dari bot.
  • Walaupun harga WTF telah susut lebih 84% sejak pelancarannya, koin ini masih berjaya menarik perhatian kebanyakkan pelabur.
  • Difahamkan ada juga unsur wash tradingdan beberapa isu yang terkait dengan pengasas bersama, merangkap pelabur Pudgy Penguin – Cole.

Makanya, pertumbuhan ekosistem kripto yang menawarkan insentif Web 3.0 yang sedang mendadak ini pastikan anda membuat pembacaan, #DYOR, terlebih dahulu supaya dapat mengelak dari sebarang eksploitasi.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat