Jaga-Jaga Trader GBP, Isu Brexit Bakal Gegarkan Pasaran

827

Pasaran kini menumpukan perhatian kepada Perdana Menteri UK Boris Johnson yang mungkin akan mengumumkan untuk melanjutkan rundingan perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) pada hari ini.

Ini adalah rentetan daripada kenyataan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar, Dominic Raab yang menyatakan terdapat peluang untuk perjanjian perdagangan Brexit dan mereka semakin hampir untuk mendapatkannya.

Kesediaan Britain untuk meneruskan perbincangan akan memberikan sedikit harapan untuk kesepakatan akan dibuat walaupun kedua-dua pihak masih lagi berjauhan dalam beberapa isu penting.

Bagaimanapun, pelabur perlu berwaspada dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam pasaran pada hari ini memandangkan setiap perkembangan mengenai rundingan ini akan terus memberi kesan kepada dagangan pound sterling.

Dagangan matawang pound kembali diniagakan meningkat ketika pembukaan sesi Eropah setelah mengalami kejatuhan ketara pada sesi sebelum ini disebabkan kesediaan EU untuk meninggalkan rundingan setelah tarikh akhir yang ditetapkan PM Johnson berakhir semalam.

Matawang pound sebelum ini juga telah dilemahkan oleh pengumuman mengenai perlaksanaan sekatan yang lebih ketat di London bagi membendung penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di Britain.

Sementara itu, indeks dolar mula memaparkan penurunan pada sesi Eropah berbanding kebanyakan matawang utama lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat