Jaga-jaga UK, Toyota Dan Nissan Nak Tuntut Ganti Rugi!

568

Menurut sebuah laporan, syarikat pembuat kenderaan Jepun, Toyota Motor Corp dan Nissan Motor Co Ltd akan meminta penggantian wang dari Britain sekiranya kerajaan gagal bersetuju dengan perjanjian perdagangan EU.

Selain itu, kedua-dua buah syarikat berkenaan didakwa akan dikenakan tambahan 10% cukai EU terhadap import kenderaan dari Britain dan menuntut agar pemerintah membayar pembiayaan tambahan tersebut.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mendedahkan bahawa beliau tidak mahu tempoh peralihan Brexit berakhir tanpa perjanjian perdagangan baru.

Walau bagaimanapun, pegawai yang mewakili Nissan dan Toyota tidak mahu mengemukakan sebarang komen berhubung isu tersebut.

Di samping itu, sebuah laporan menyatakan bahawa pengeluaran Britain dari Kesatuan Eropah meninggalkan impak yang besar terhadap kebanyakan syarikat di seluruh dunia termasuk Jepun.

Untuk pengetahuan semua, Toyota mengusahakan kilang di Derbyshire, England, dan menghasilkan kira-kira 8% daripada 1.52 juta kereta yang dibuat di Britain pada tahun 2018. Selain itu, mereka juga menghasilkan enjin di sebuah kilang di Wales.

Sementara itu, Nissan mempunyai kilang pembuatan di Sunderland, utara England, yang memiliki pekerja seramai 7,000 orang. Akan tetapi, ianya tidak akan mampu untuk bertahan lama jika Britain meninggalkan EU tanpa perjanjian perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat