Jaga-jaga! WHO Dah Bersuara!

2,036

Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Harris  pada hari Selasa memberi gambaran bahawa wabak Covid-19 adalah sebuah “gelombang besar” dan memberi amaran bahawa dunia tidak boleh menarik nafas lega terutamanya ketika menjelang musim panas di hemisfera utara, kerana jangkitan itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada wabak influenza bermusim.

Walau bagaimanapun, peningkatan semula kes jangkitan di Beijing, China tidak dianggap sebagai ‘gelombang’ kerana penularan wabak COVID-19 adalah di luar tindakan manusia dan mereka telah pun melakukan usaha untuk mencegah jangkitan wabak berkenaan.

Dalam sebuah taklimat maya, beliau mendedahkan bahawa dunia sedang berhadapan dengan gelombang pertama dan ianya takkan terhenti di sini bahkan mampu menjadi gelombang yang lebih besar!

Sementara itu, berikutan dengan peningkatan kes jangkitan pada musim panas di Amerika Syarikat, pegawai WHO itu menggesa orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengadakan sebarang mass gathering.

Seterusnya, beliau menyatakan bahawa orang awam seharusnya peka kerana wabak tersebut merupakan sebuah virus baharu dan amat berbeza berbanding yang lain. Bahkan ianya boleh menular tanpa mengira musim.

Oleh itu, WHO akan sentiasa meneliti setiap perkembangan kes-kes COVID-19 yang bertepatan dengan kes-kes influenza bermusim yang normal pada musim sejuk di hemisfera selatan. Setakat ini, sampel makmal tidak menunjukkan jumlah kes selesema yang tinggi, sekaligus mengambarkan permulaan musim yang lebih lambat daripada biasa.

Di samping itu, orang ramai digalakkan agar mendapatkan vaksin terhadap wabak selesema.

 

Anda mungkin juga berminat