Jana $500 Juta Dalam xAI? Elon Musk Sangkal Dakwaan!

234

“Wow rupanya Elon Musk yang tubuh firma xAI, korang pun dah tahu ke?”

Sebagai tindak balas siaran pengguna di X, jutawan Elon Musk menafikan ketepatan laporan yang mendakwa firma artificial intelligence (AI) dipanggil xAI beliau menjana $500 juta daripada matlamat $1 bilion melalui para pelabur.

Menerusi pemerhatian, xAI sedang berada dalam perbincangan mengenai penilaian antara $15 bilion sehingga $20 bilion termasuk potensi pelarasan dalam beberapa minggu akan datang.

Rentetan itu, Musk dan pelabur kini bukan sahaja merancang untuk menyelesaikan terma dalam masa terdekat ini malah berhubung kemungkinan mendapatkan kuasa pengkomputeran bersama atau bukannya saham ekuiti xAI.

Menurut Musk Pada November 2023, pelabur ekuiti dalam X akan mendapat 25% pegangan pemilikan dalam xAI tetapi mereka digalakkan untuk melabur sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah dilaburkan dalam X kemudian ke xAI.

Misalnya, sekiranya melabur $10 bilion dalam X maka mereka perlu melabur $2.5 bilion atau lebih daripada itu dalam xAI.

Umum mengetahui Musk memulakan xAI sebagai alternatif pada OpenAI pada tahun 2023 dan chatbot xAI dipanggil Grok telah dikuasakan oleh content media sosial daripada X manakala pemodelnya boleh memperoleh perjanjian untuk penjualan persendirian $865.3 juta dalam sekuriti tidak berdaftar.

Borang D xAI menyatakan sekuriti akan dijual kepada pelabur bertauliah tertakluk pada sekatan jualan semula di bawah Peraturan 506(b), jadi di sini dapat dilihat $134.7 juta sekuriti telah dijual dengan penjualan awal berlaku pada 29 November 2023.

Setakat penulisan ini, harga XAI yang menggunung sehingga $1.20 pada 17 Januari 2024 telah merekodkan penurunan semula sebanyak 3.46% pada paras $0.79 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $130 juta dan susut 12.56% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat