JanaNiaga Peruntuk Pembiayaan Cecah Sehingga RM1.2 Bilion

277

JanaNiaga memperuntukkan pembiayaan mencecah sekitar RM1.2 bilion bagi platform pembayaran digital rantaian bekalan nasional.

Program tersebut juga bakal menerima peruntukan tambahan daripada institusi kewangan yang akan menyertainya secara berfasa.

Bagi memastikan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat diberikan dengan segera, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta yang diuruskan oleh Export-Import Bank of Malaysia Bnd (EXIM Bank) bagi menjayakan program JanaNiaga.

Beliau juga menambah bahawa EXIM Bank dan penglibatan beberapa institusi kewangan di Malaysia akan memberi manfaat kepada PKS yang mengalami masalah aliran tunai berikutan tempoh pembayaran invois yang lama.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memudahkan mereka untuk mendapatkan pinjaman dan menerusi sokongan GLC, pembekal PKS bakal menikmati kadar pembiayaan serendah 3.5% setahun untuk margin pembiayaan sebanyak 100%.

Jika dilihat kepada purata tempoh invois selama 90 hari, jumlah peruntukan RM1.2 bilion itu akan menyumbang sebanyak RM4.8 bilion setahun kepada kecairan tunai PKS, katanya.

Tengku Zafrul mengatakan bahawa permohonan pembiayaan juga dibuat secara dalam talian dan setiap permohonan akan diluluskan dalam tempoh 24 jam.

Platform JanaNiaga yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 merupakan bantuan pembiayaan dalam membantu kedudukan kewangan PKS yang membuat pembekalan kepada kerajaan atau GLC.

Beliau juga berkata bahawa pada peringkat awal ini, JanaNiaga akan dilaksanakan bersama Petronas dan Telekom Malaysia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat