Janet Yellen Akui Salah Memperlekehkan Ancaman Inflasi

352

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen mengakui kesalahannya kerana memperkecilkan ancaman yang ditimbulkan inflasi dalam kenyataan awamnya sepanjang tahun lalu.

Pengakuan itu merupakan petunjuk terkini bahawa jangkaan kerajaan ASuntuk ekonomi kembali normal telah digugat oleh pandemik yang berterusan dan perang di Ukraine.

Yellen mengatakan terdapat kejutan besar dan tidak dijangka ke atas ekonomi yang telah melonjakkan tenaga dan harga makanan serta gangguan bekalan yang telah menjejaskan pertumbuhan AS dengan teruk.

Terdahulu, Yellen dan pegawai White House yang lain pernah memberitahu bahawa inflasi adalah kesan sampingan sementara kepada ekonomi yang kembali normal dari wabak Covid-19.

Bagaimanapun, inflasi terus meningkat lebih jauh sehingga mencecah paras tertinggi 40 tahun beberapa bulan kemudian menyebabkan Federal Reserve (Fed) bergegas menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif.

Penunjuk ekonomi baru-baru ini telah meningkatkan keyakinan bahawa inflasi mungkin telah memuncak pada bulan Mac, walaupun ahli ekonomi memberi amaran bahawa ia akan mengambil masa yang agak lama sebelum inflasi kembali normal.

Sebagai tindak balas, White House melancarkan usaha selama sebulan untuk memberi isyarat tumpuan yang berat terhadap ekonomi.

Presiden Biden juga berkongsi keutamaan dengan Fed dalam menurunkan inflasi dan memberi kebebasan kepada Pengerusi Jerome Powell untuk mengambil langkah yang perlu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat