Jangan Abaikan Artikel Ini Jika Mahu Trade Masa NFP Nanti

993

Pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat dijangka meningkat lebih kukuh pada bulan Mei, didorong oleh penyambungan semula aktiviti ekonomi dan kemajuan dalam program vaksinasi.

Menunggu detik penerbitan laporan pekerjaan NFP AS, para pelabur meneliti semula pembacaan data ekonomi yang telah dikeluarkan pada minggu ini untuk dijadikan petunjuk bagi bacaan data malam ini.

Menyoroti semula data-data yang telah diterbitkan, secara keseluruhannya angka-angka yang dicatatkan pada bulan Mei adalah memberangsangkan.

Pada Selasa, pasaran telah diperlihatkan dengan bacaan data pembuatan tinjauan ISM yang menunjukkan pemulihan yang lebih kuat dalam aktiviti perkilangan pada bulan lalu.

Pengukuhan ini disokong pula dengan pembacaan data bukan pembuatan ISM pada Khamis yang turut memaparkan pertumbuhan yang positif dalam perkhidmatan. Namun, komponen pekerjaan dalam sektor ini dilihat sedikit menurun.

Bagaimanapun, pelabur tidak hanya melihat kepada data tersebut untuk mengubah keyakinan mereka. Laporan ADP melaporkan pertumbuhan ketara dalam pekerjaan swasta yang mencatat peningkatan hampir 1 juta pada bulan lalu.

Malah, jumlah tuntutan pengangguran juga menunjukkan penurunan di bawah 400,000 buat pertama kalinya sejak pandemik bermula, turut menyokong keyakinan pasaran untuk jangkaan positif dalam NFP malam ini.

Bagi mendorong US dolar meningkat lebih tinggi, setiap komponen dalam laporan pekerjaan pada malam ini perlu menunjukkan pertumbuhan yang lebih kuat selain kadar pengangguran memaparkan penurunan.

Namun, jika ada komponen pekerjaan yang gagal memenuhi jangkaan, matawang US dolar mungkin akan kembali mencatat kerugian.

Jadi, apakah jangkaan anda untuk laporan pekerjaan NFP malam nanti?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat