Jangan Ambil Vaksin Pfizer Jika…

2,084

Pengawal selia ubat Britain telah menasihatkan bahawa orang ramai yang memiliki sejarah alergik tidak boleh mendapatkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 setelah terdapat 2 individu melaporkan kesan buruk pada hari pertama pelancarannya.

Umum mengetahui bahawa Britain mula memberikan vaksin kepada penduduknya secara besar-besaran pada hari Selasa lalu bermula dengan warga tua dan pekerja barisan hadapan.

Menurut pengarah perubatan Perkhidmatan Kesihatan Nasional, Stephen Powis, nasihat itu telah dikemukakan setelah 2 pekerja NHS melaporkan reaksi anaphylactoid yang berkaitan dengan pengambilan suntikan vaksin.

Manakala Agensi Pengawalseliaan produk Ubat dan Kesihatan (MHRA) mengatakan bahawa nasihat kepada tersebut merupakan adalah satu langkah pencegahan kerana reaksi itu bukanlah salah satu kesan sampingan yang didapati ketika proses percubaan.

Walau bagaimanapun, Pfizer UK dan BioNTech tidak mahu mengemukakan sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat