Jangan Berbalah, CBDC & Stablecoin Sama Je! – Crypto Dad

177

“Dua-dua okay je sebenarnya, ada kebaikannya tapi ada juga risiko tersendiri.”

Bekas pengerusi Suruhanjaya Dagangan Komoditi dan Niaga Hadapan (CFTC) Christopher Giancarlo berpandangan bahawa penentang mata wang digital bank pusat (CDBC) perlu berhenti membuang masa mereka.

Hal ini kerana CBDC yang disokong kerajaan memang tidak dapat dielakkan memandangkan ia dan stablecoin akan semakin berkembang pada masa hadapan, ulas Giancarlo semasa berucap di Consensus 2022 pada hari Rabu semalam.

Tambah beliau lagi yang turut digelar “Crypto Dad”, wang fiat bukan sahaja terlalu penting untuk diserahkan kepada bank pusat malah nilainya ditentukan melalui kepercayaan dan persetujuan rakyat biasa.

Rentetan itu, Giancarlo menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk melakukan perbincangan dan eksperimen terhadap CBDC ekoran terdapat lebih 100 kerajaan asing termasuk 19 ahli G20 telah mengorak langkah mendalami CBDC.

Sudah sedia maklum pengawal selia AS dan pasaran kripto kini lebih menumpukan perhatian terhadap stablecoin sebagai alternatif pasaran persendirian, namun ia juga memiliki risiko sama seperti CBDC, antaranya isu privasi.

Oleh demikian, Giancarlo berkata AS harus sedaya upaya menyediakan CBDC yang merangkumi nilai-nilai negara itu agar mereka tidak ketinggalan di belakang.

Sebenarnya semua pihak perlu memilih antara financial freedom atau financial control bukannya membandingkan sama ada stablecoin mahupun CBDC adalah pilihan terbaik, kata beliau.

Umum mengetahui bahawa Giancarlo telah mengasaskan projek dolar digital untuk menyelidik bagaimana CBDC di AS boleh dilaksanakan dengan betul.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat