Jangan Diskriminasikan Huawei Dalam Pelaksanaan Rangkaian 5G – China

246

China memberi amaran kepada Perancis supaya tidak mendiskriminasikan penggunaan teknologi Huawei berbanding pesaing Eropah lain apabila memilih pembekal untuk rangkaian 5G negara itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, kedutaan China di Paris menggesa Perancis supaya mewujudkan kriteria yang telus dan memberi layanan sama rata kepada semua syarikat yang bersaing untuk mendapatkan kontrak 5G.

Perancis kini dalam peringkat awal untuk menghasilkan teknologi tanpa wayar, dan pendirian kerajaan terhadap Huawei masih kurang jelas, menurut beberapa badan telekomunikasi.

Media di Perancis juga sebelum ini melaporkan bahawa syarikat Huawei mungkin berdepan dengan sekatan di beberapa bandar.

China menyatakan kebimbangannya terhadap laporan tersebut, walaupun Presiden Perancis Emmanuel Macron dan beberapa pegawai lain telah memberi jaminan bahawa semua syarikat akan diberi layanan sama rata.

Terdahulu, Perancis turut menerima amaran daripada Amerika Syarikat untuk tidak melibatkan Huawei dalam rangkaian 5G negara itu, sama seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain, termasuk UK.

Bagaimanapun, Perdana Menteri UK Boris Johnson baru-baru ini tidak mengendahkan larangan A.S dengan menerima penggunaan Huawei sebagai pembekal kepada teknologi 5G negara itu dan membataskan peranannya daripada terlibat dalam bahagian yang dikategorikan sebagai sensitif.

Amerika Syarikat sebelum ini ada mencadangkan bahawa pihaknya akan mempertimbangkan untuk mendapatkan kepentingan Nokia dan Ericsson bagi mengekang dominasi Huawei dalam teknologi 5G.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat