Jangan Ingat Matawang Euro Masih Selamat!

391

Walaupun Bank Pusat Eropah (ECB) tidak mengenakan tindakan terhadap nilai matawang euro yang kukuh pada mesyuarat polisi baru-baru ini, namun ia tetap menjadi kebimbangan kepada para pembuat dasar.

Pembuat dasar ECB, Ignazio Visco menyatakan kebimbangan beliau terhadap pengukuhan nilai matawang euro dan memberitahu bahawa ia memerlukan tindakan balas dari bank pusat jika ia mendorong inflasi lebih jauh daripada sasarannya.

Visco yang juga gabenor bank pusat Itali, turut menafikan bahawa wujudnya perbezaan pendapat di kalangan pembuat dasar ECB mengenai perkara itu dan mengatakan pandangannya ini adalah sebagai mewakili suara Lembaga Eksekutif.

Menurut Visco, pengukuhan euro baru-baru ini telah mencetuskan kebimbangan bank pusat kerana ia menyebabkan tekanan harga lebih rendah terhadap inflasi yang telah pun sedia lemah.

Tegas beliau lagi, sekiranya tekanan daripada kekuatan euro memberi kesan kepada sasaran kestabilan harga, maka bank pusat perlu campur tangan.

Dagangan euro telah mencecah harga $1.2011 iaitu tahap tertinggi sejak pertengahan 2018 pada awal bulan ini, namun ia kemudiannya kembali memadamkan hampir separuh keuntungan yang diraih tahun ini dengan didagangkan di sekitar $1.163 berbanding US dolar pada sesi Asia hari ini.

Sementara itu, ucapan Presiden ECB Christine Lagarde pada malam ini akan menjadi fokus utama pasaran untuk mendapatkan petunjuk lebih lanjut mengenai pandangan bank pusat terhadap dasar monetari semasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat