Jangan Risau, Lazada Pun Nak Bantu PKS!

793

Lazada Malaysia telah melangkah lagi untuk membantu lebih dari 70,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk terus bertahan sepanjang perintah kawalan pergerakan kedua (MCO) dengan pakej rangsangannya, ‘Pakej Kedai 2.0’, bernilai RM44 juta.

Selain itu, inisiatif berkenaan bertujuan untuk mengatasi masalah perniagaan dan memberikan penyelesaian yang cekap dengan subsidi dan pendedahan bonus untuk membantu PKS tempatan meningkatkan penjualan mereka secara atas talian.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh ketua pegawai perniagaan, Sherry Tan, lebih dari 1 dari 3 rakyat Malaysia berbelanja di aplikasi Lazada setiap bulan, platform tersebut dapat membantu PKS tempatan serta membolehkan mereka mengekalkan kestabilan pekerjaan untuk pekerjanya.

Untuk pakej rangsangan Pakej Kedai Pintar pertama yang dilancarkan selama MCO tahun lalu, PKS tempatan di platform berkenaan didakwa telah menjana penjualan lebih dari 2 kali ganda.

Tambahan daripada itu, Pakej Kedai Pintar 2.0 akan membantu melonggarkan sepenuhnya halangan masuk ke digitalisasi kerana PKS dengan sedikit atau sifar pengalaman dalam eCommerce dapat mempelbagaikan aliran pendapatan mereka dengan mudah dari tanpa memerlukan modal tambahan.

Oleh yang demikian, sector perniagaan boleh mendaftar untuk pakej rangsangan dari sekarang hingga 28 Februari 2021 di http://lzd.co/SellOnLazadaMY

Melalui pakej berkenaan, penjual yang mengambil bahagian akan menikmati kadar komisen sifar peratus, pengecualian yuran pembayaran, sokongan pembangunan kedai khusus selama 90 hari, latihan Universiti Lazada, kredit iklan bersubsidi untuk Carian Tajaan, slot pendedahan produk percuma di Jualan Kilat Lazada, dan banyak lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat