Jangan Risau, Malaysia Akan Dapat Vaksin COVID-19!-PM

757

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan kenyataan pada malam ini bahawa Malaysia akan mendapat akses kepada vaksin Covid-19 walaupun penawar tersebut tidak dihasilkan secara tempatan. Selain itu, beliau mendedahkan bahawa Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan negara-negara yang sedang membangunkan vaksin dan sudi untuk menawarkan bantuan.

Menurutnya lagi, pakar perubatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa kita masih terdedah kepada bahaya selagi tiada vaksin yang dihasilkan. Oleh yang demikian, tindakan perlu diambil dalam kadar segera. Meskipun tidak mampu untuk menghasilkan vaksin, tetapi penawar berkenaan mesti diperolehi.

Setakat ini, Rusia dan China telah mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan vaksin untuk COVID-19.

Pada 3 September, sebuah laporan mendedahkan bahawa Malaysia belum komited untuk bergabung dalam rancangan peruntukan vaksin COVID-19 global yang dikendalikan oleh WHO. Untuk pengetahuan semua, sebanyak 76 buah negara telah pun mendaftarkan diri untuk menyertai rancangan tersebut seperti Jepun, Jerman, dan Norway.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba menyatakan bahawa Malaysia sedang mengumpulkan lebih banyak maklumat mengenai rancangan antarabangsa itu. Tarikh akhir untuk negara-negara peserta menyatakan komitmen mereka terhadap rancangan berkenaan adalah pada 18 September.

Berdasarkan sebuah laporan, Seth Berkley, ketua pakatan vaksin antarabangsa GAVI yang berpusat di Switzerland dan Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa rancangan tersebut dikenali sebagai COVAX yang bertujuan untuk membantu pembelian dan pembahagian vaksin coronavirus dengan adil.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat