Jangan Risau, Vaksin Rusia Lebih Murah Dari Yang Lain!

362

Rusia akan mengenakan bayaran lebih rendah untuk vaksin Sputnik V Covid-19 daripada pesaingnya kerana Moscow bertujuan untuk menghasilkan lebih daripada satu bilion dos di dalam dan luar negara pada tahun depan.

Namun begitu, perincian harga yang tepat dijangka akan dikemukakan kemudian. Meskipun harganya jauh lebih murah berbanding vaksin yang lain tetapi tahap keberkesannya adalah sama.

Sementara itu, Moscow telah berhadapan dengan kritikan oleh beberapa saintis di Barat yang mendakwa mereka tergesa-gesa untuk mencuba vaksin Sputnik V. Oleh itu, Rusia telah bertindak untuk menafikan dakwaan berkenaan.

Di samping itu, harga vaksin yang ditawarkan lebih rendah daripada pesaing dapat membantu Moscow merebut lebih banyak bahagian dalam pasaran.

Tambahan daripada itu,  RDIF dan Gamaleya National Center mendedahkan bahawa data percubaan klinikal baru berdasarkan 39 kes jangkitan yang disahkan dan seramai 18,794 pesakit yang mendapat kedua-dua suntikan dos vaksin telah menunjukkan bahawa Sputnik V adalah 91.4% berkesan pada hari ke-28 dan lebih dari 95% berkesan pada hari ke-42.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat