Jangan Tergamam! Menara BTC Pertama Dunia Terbina Di Dubai!

413

“Wow Dubai semakin ke langit, tak sabar nak tengok menaranya nanti.”

Susulan ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) sejak kebelakangan ini semakin raih populariti di seluruh dunia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) turun enggan ketinggalan untuk muncul sebagai penyokong tegar aset digital tersebut.

Hal ini kerana seorang pembangun (developer) berpangkalan di Dubai sedang membina rangkaian hotel baharu dalam bentuk aset digital itu, di mana ia bakal menjadi menara BTC sebenar yang akan berdiri setinggi 40 tingkat.

Selain itu, rangkaian hotel baharu itu juga akan menerima teknologi seperti artificial intelligence (AI) dan blockchain sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk memberi tumpuan kepada kemampanan material.

Ekoran berhasrat memperkenalkan kaedah tersendiri, rangkaian hotel itu telah memberi ganjaran kepada tetamunya melalui penggunaan non-fungible token (NFT) yang akan memberikan pemegangnya faedah eksklusif.

Bukan itu sahaja, yuran sewa turut dianggap sebagai salah satu bentuk staking kripto yang dapat membenarkan para tetamu menjana hasil peratusan tahunan (APY).

Menurut Salvatore, pembangun projek telah menyifatkannya sebagai hotel pertama yang membayar balik tetamu untuk pembayaran mereka dengan faedah tambahan.

Suka dimaklumkan bahawa pendekatan inovatif tersebut bukan sahaja dapat membuktikan penggunaan kripto sudah semakin meningkat di kalangan masyarakat hari ini malah cara terbaik untuk mendorong ramai orang menerokainya, ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metaverse Investments LLC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat