Jangan Terperangkap Dalam Permainan Kripto ‘Geng Jerung’! – Bill Gates

7,728

Hari ini kita menyaksikan lautan merah dalam pasaran kripto dengan penyusutan hampir $11,000 dalam 24 jam. Kripto lain turut mengikuti trend kejatuhan Bitcoin menjadikan permodalan pasaran kripto jatuh lebih $260 bilion.

Pengasas Microsoft, Bill Gates telah memberi amaran agar-agar pelabur-pelabur kecil berhati-hati dengan jerung apatah lagi jika orang terkaya kedua dunia itu telah terjun dalam pasaran kripto.

Pengasas Microsoft, Bill Gates telah memberi amaran kepada bakal pembeli Bitcoin bagi mereka yang mengikuti strategi pelaburan Elon Musk. Semasa temubual dengan Bloomberg, Gates mengatakan bahawa Elon Musk mempunyai akses kepada teknik pelaburan yang canggih yang tidak diketahui oleh pelabur. Gates juga merasakan bahawa Elon Musk berkemungkinan terlindung dari correction pasaran yang disebabkan tweet beliau.

 

Bill Gates berkata, “Elon mempunyai wang yang banyak dan teknik pelaburan yang canggih justeru saya tidak bimbang akan naik atau turun secara rawak”. Baru-baru ini Tesla telah melabur $1.5 bilion dan harga bitcoin telah melonjak kepada $58,258. Namun secara kebetulan selepas tweet Musk, harga Bitcoin telah jatuh lebih 10% kepada paras terendah $ 46,624.

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada harga 47,382, susut 10.86% dalam 24 jam. Manakala ETH mencatatkan harga $1,532, susut hampir 15%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat