Jangan Tertipu Dengan Ketenangan Harga Minyak Hari Ini

1,001

Harga minyak terus mengukuh walaupun pergerakan harga dilihat perlahan menjelang dagangan penghujung minggu, dengan menyaksikan minyak mentah Brent berlegar menghampiri harga $70 setong.

Prospek terhadap permintaan global yang makin meningkat selepas rang undang-undang pakej rangsangan AS yang bernilai $1.9 trilion ditandatangani oleh Presiden Joe Biden terus menyokong dagangan minyak mentah.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen memberitahu pembayaran langsung $1,400 akan mula diberikan kepada rakyat pada hujung minggu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sdikit susut pada $69.48 setong, sementara minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula kuat pada $65.77 setong.

Sentimen terhadap pasaran minyak juga disokong oleh keputusan OPEC+ yang bersetuju untuk terus dengan komitmen bagi mengekalkan pemotongan pengeluaran semasa sehingga bulan April.

Pelabur telah meningkatkan pembelian terhadap komoditi seperti minyak dengan harapan terhadap pemulihan permintaan yang kuat pada separuh kedua tahun ini ketika ekonomi global berkembang sementara pelancaran vaksin yang lebih luas terhadap wabak Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat