Jangan Tunggu NFP Je, Data Pekerjaan Kanada Kena Ambil Tahu Juga!

206

Ketika pasaran menantikan penerbitan laporan NFP Amerika Syarikat, data pekerjaan Kanada turut mencuri tumpuan pelabur yang dijangka kukuh semula pada September.

Susulan penguncupan yang dicatatkan dalam angka pekerjaan pada Ogos, pelabur mengharapkan pasaran buruh di Kanada kembali pulih dengan mencatat peningkatan sebanyak 19,500 pekerjaan.

Pada sesi Asia, dolar Kanada didagangkan suram pada sekitar harga 1.3700 berbanding dolar greenback, bergerak semula menghampiri paras terendah 1.3838 yang dicatatkan minggu lalu.

Loonie telah melemah 8% berbanding US dolar sejak awal tahun ini, namun prestasinya lebih baik daripada mata wang G10 lain kecuali Swiss Franc.

Gabenor Bank of Canada (BOC), Tiff Macklem terus menegaskan pendirian bank pusat untuk meneruskan peningkatan kadar faedah yang agresif.

Beliau berkata kelemahan mata wang baru-baru ini akan mengimbangi sedikit pengurangan tekanan inflasi yang boleh membawa kepada penambahbaikan dalam rantaian bekalan global dan harga komoditi yang lebih rendah.

Pemain pasaran meletakkan jangkaan untuk peningkatan 50 mata asas pada pengumuman dasar BOC seterusnya pada 26 Oktober, susulan dua kenaikan agresif sebelum ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat