Jangkaan Agresif Inflasi AS Teruskan Penguasaan USD

502

Kekuatan US dolar berterusan pada pembukaan dagangan Rabu dengan tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada sesi New York.

Penganalisis menjangkakan inflasi tahunan AS meningkat kepada 8.8% pada bulan Jun, paras tertinggi 40 tahun, yang berkemungkinan akan mengukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah sebagai tindak balas dan memacu lonjakan US dolar lebih tinggi.

Walaupun begitu, jangkaan kenaikan kadar yang agresif dilihat tidak akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi AS.

Menguatkan pandangan ini, White House memberitahu pada Selasa bahawa data makroekonomi Amerika Syarikat termasuk laporan pekerjaan bulan Jun dilihat tidak konsisten dengan kemelesetan.

Ia juga berkata kekuatan pasaran buruh meletakkan AS pada kedudukan lebih baik daripada kebanyakan negara lain untuk beralih kepada inflasi lebih rendah dan pertumbuhan yang stabil.

Dalam pada itu, mata wang pound diperdagangkan melemah di paras terendah lebih dua tahun berbanding US dolar menjelang penerbitan data pertumbuhan ekonomi UK pada sesi Eropah hari ini.

Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey berkata terdapat alternatif kepada kenaikan kadar 25 mata asas dalam jadual, selain turut menambah beliau menjangkakan inflasi akan jatuh mendadak tahun depan.

Sementara itu, mata wang euro berlegar pada sekitar harga pariti berbanding dolar greenback yang kuat dan terus ditekan oleh kebimbangan terhadap krisis tenaga yang semakin meruncing di Eropah.

**Harga pariti merujuk kepada tahap harga yang menetapkan dua aset atau sekuriti sama nilai antara satu sama lain. Contohnya, €1= $1.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat