Jangkaan Bacaan Data Merosot, USD/JPY Bakal Menjunam Pada Sesi New York?

0 1,510

Dagangan US dolar pada minggu ini gagal menyaingi safe-haven Yen dengan matawang Amerika Syarikat tersebut masih berisiko sementara pasaran menantikan pakej rangsangan bernilai $2 trilion yang diumumkan dan telahpun dilulukan oleh Senat AS.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga bergerak mendatar sejak penghujung minggu lalu bersambung pada minggu ini dengan paras resistance 111.500 diuji setiap hari namun masih gagal ditembusi.

Pada dagangan hari ini, dapat dilihat harga mula membuat penurunan dan bergerak di bawah paras Moving Average 50 (MA50) yang menjadi paras sokongan dinamik sebelum ini.

Penurunan harga telah menuju paras penting 110.00 pada sesi Eropah dan menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah dijangka akan menuju pula zon SBR seterusnya di paras 108.300 sebelum memasuki zon tumpuan harga pada 107.400-106.600.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga akan cuba melepasi semula paras halangan MA50 sebelum menguji paras ketinggian 111.500.

Kenaikan melepasi paras tersebut akan menguji pula zon resistance di bawah paras 112.400.

Pelabur akan beri tumpuan pada data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada malam ini.

Dengan jangkaan bacaan data yang meningkat mendadak bakal memberi kesan yang lemah terhadap nilai matawang US dolar dalam pasaran.

Pergerakan harga dijangka kekal tidak menentu sepanjang minggu ini ekoran sentimen wabak pandemik COVID-19 telah menjadi satu ancaman terbesar dunia waktu ini dan memberi pengaruh negatif terhadap pasaran kewangan.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Anda mungkin juga berminat