Jangkaan FOMC dan Sentimen Semasa Gbp/Usd

87

Tiga hari terakhir minggu ini dijangka akan menjadi sesi dagangan yang volatile (turun-naik) dengan penetapan polisi oleh The Federal Reserve dan Bank of England (BoE), tidak lupa juga data-data dari AS.

Kenyataan ‘hawkish‘ dari The Fed dengan jangkaan tiga kenaikan kadar tahun ini berpotensi menguatkan US dolar dan menekan Gbp/Usd.

Sesi dagangan juga dijangka tidak menentu dengan Gbp/Usd berhadapan dengan pengambilan untung di mana pasangan matawang ini dilihat akan memulih khususnya apabila semakin dekat dengan paras harga signifikan berikutan kenaikan kadar yang telah diserap oleh pasaran.

Selepas matawang Gbp menjunam dalam pembukaan sesi Eropah pada Selasa, Gbp/Usd berpatah balik selepas menemui support yang kuat di 1.2108.

Terdapat spekulasi bahawa dana-dana besar mengambil kesempatan terhadap ‘thin liquidity’ ketika ini untuk menggerakkan pasaran.

Data pekerjaan UK yang dikeluarkan sebentar tadi menunjukkan data bercampur-campur dengan kadar pengangguran semakin berkurangan, tetapi purata gaji kurang daripada jangkaan.

Data peningkatan pendapatan ini sedikit mengikis jangkaan positif BoE untuk mengetatkan polisinya dan juga mengurangkan perbelanjaan pengguna. Data inilah yang menyebabkan Gbp melemah kerana ia merupakan data tumpuan bank pusat,

Secara keseluruhan, perbezaan hasil-bon (yield spread) cenderung melemahkan Gbp di mana pihak BoE dijangka menggunakan pendirian ‘dovish‘ dalam penetapan polisinya pada Khamis.

Pasaran dijangka akan terus berhati-hati menjelang penetapan polisi The Fed pukul 2 pagi nanti dengan data CPI AS yang dikeluarkan sebentar tadi. Bacaan CPI dilihat positif dan menguatkan potensi kenyataan hawkish oleh The Fed.

Dalam kenyataan malam ini, panduan kehadapan (forward guidance) akan menjadi penentu sama ada US dolar menguat atau melemah, berikutan pasaran telah menyerap kenaikan kadar sebanyak 100%.

Secara khususnya, pasaran akan memberi perhatian kepada isyarat berapa kali kadar akan dinaikkan pada tahun ini. Jangkaan kepada empat kenaikan akan menguatkan US dolar dan sebaliknya kurang daripada itu berpotensi melemahkan US dolar berikutan aktiviti pengambilan untung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat